Saturday 8 November 2014

Posted by Unknown Posted on 19:54 | No comments

SEMBELIT KETIKA HAMIL

Pengalaman semasa hamil memang dah macam-macam kan? Ada yang manis ada yang tak berapa nak manis. Hehehe.. Tapi harini Syiffa nak story tentang yang tak berapa nam manis tu. 

Pernah tak dengar tentang SEMBELIT SEMASA HAMIL. tapi yang perit tu bila di hujung usia kandungan. Lebih kurang 7bulan keatas. Yala, bila perut dah besar kita susah nak bergerak, bila meneran lebih-lebih kang terberanak dalam bilik air pulak. Hehehe.. Tapi melalui pengalaman Syiffa masa anak pertama masa awal hamil pun memang dah mula rasa. Mungkin sebab ubat zat besi yang doktor bagi. 



Terdapat beberapa sebab kenapa sembelit selalu terjadi kepada ibu-ibu hamil.
✔️KURANG PERGERAKAN FIZIKAL
Bila perut semakin memboyot, badan makin lebar, jarum penimbang makin kekiri dengan gayanya, tak di nafikan pergerakan ibu yang sarat semakin limit. Bukan limit macam mana, bila dah sarat kita kurang bergerak, bersenam apa tah lagi. Jadi badan jadi "malas". Jadi sistem pencernaan pun makin slow dan steady. Heeee...

✔️ PEMAKANAN KURANG SERAT
Mengaku tak yang kita makan ikut "apa yang kita nak makan" dan kita bukan makan ikut "apa yang perlu kita makan". Kita makan ikut selera, ikut "teringin" kita. Tapi sangat jarang kita makan ikut keperluan badan. Ini melalui pengalaman dan apa yang Syiffa nampak. Kita suka makan ikut sedap mulut. Betul tak? Betul tak? Mengaku cepat.. 😁😁

✔️ PERUBAHAN HORMON
Wanita hamil hormon progesterone tinggi. Jadi ia menyebabkan usus yang memperoses makanan jadi lambat. Selain itu, bila rahim si ibu semakin besar, tekanan kepada usus. Kiranya rahim ni ambil ruang yang besar sampai sempitkan ruang bagi usus besar. Bila jadi macam ni ia boleh menyebabkan hilang pergerakan makanan ke usus dan rectum. 

✔️ PENGAMBILAN ZAT BESI
Pernah tak korang TER'tengok najis bila kita alami sembelit. Najis menjadi keras dan ada 'warna' kan. Okay, perlu di ambil tahu ye, bila doktor bagi kita zat besi untuk tingkatkan HB darah, zat besi itu boleh menyebabkan sembelit, najis akan menjadi lebih keras. Kadang-kadang macam ketul batu.. Hihihi.. Over tak?  So PLEASE kalau anda semua alamai masalah untuk 'membuang' . Tolong bagi tau doktor anda tentang masalah pembuangan anda. Bukan apa , bila kita bagitau doktor sekurang-kurangkan doktor boleh alternative supplement yang lain. 

KESAN SEMBELIT
Sembelit no tak bahaya sebenarnya, tapi ia akan memberi kesan kepada korang bila nak melahirkan anak. Okay macam ni, bila kita alami sembelit ia akan sebabkan berlakunya BUASIR (worth case). Bila dah jadi buasir ia akan menganggu bila korang nak meneran semasa melahirkan anak. Bukan apa silap teran buasir tu akan menjadi lebih teruk. So please jangan ambil mudah. Kadang-kadang hal kecil macam ni buatkan menganggu dalam proses 'melahirkan' anak. Lagipun kesian kepada ibu-ibu. Dubur sakit, tempat lahirkan baby pun sakit. 

Syiffa doakan ibu sekalian sihat sejahtera sepanjang kehamilan ye. Insya Allah next entri Syiffa akan bagi tips-tips yang membantu bagi masalah sembelit anda. Cewahhh.. Melalui amalan yang syiffa amalkan mungkin dapat membantu. Second baby ni Syiffa takde sembelit okay. (Poyo tak? ) hihihi..

PM syiffa directly kalau nak fast response bagi masalah sembelit anda. Jangan risau takda adegan CIRIT BIRIT ye. 

Salam Sayang
NurSyiffa Sobri
☎️012-667 3779
Facebook : NurSyiffa Sobri

Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment