Friday 26 September 2014

Posted by Unknown Posted on 12:28 | No comments

KURANG DARAH KETIKA HAMIL?

HB low atau kurang darah adalah antara fenomena yang ada antara ibu hamil akan alaminya. 

Walaupun terdapat bebrapa langkah yang dapat kita buat bagi meningkatkan kadar HB namun kesan daripada kekurangan HB tidak seharusnya di lihat ringan. 



PUNCA KANDUNGAN HB KURANG
1-Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi
2-Ibu yang kerap hamil
3-Mengalami pendarahan -buasir atau dari faraj
4-Penyakit lain-Malaria, talasemia, penyakit barah dll

CIRI-CIRI KANDUNGAN HB KURANG
1-Mudah letih dan lesu 
2-Muka kelihatan pucat dan tak bermaya
3-Terasa pitam bila bangun 
4-Selalu rasa pening dan keliling rasa berputar
5-Rasa mengah dan berdebar-debar

KESAN DARIPADA HB KURANG KEPADA SI IBU DAN ANAK
1-Ibu akan selalu tidak bermaya
2-Mempunyai potensi keguguran anak
3-Terdedah kepada kelahiran pra-matang
4-Anak mati dalam perut
5-Pendarahan setelah melahirkan anak
6- bayi mati ketika dilahirkan
7-si ibu alami Kegagalan fungsi jantung 
8-Berat bayi yang kurang daripada 2.5kg


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


Kandungan 7 Bulan Ke Atas 
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Read more: http://www.mamapeduli.info/2014/04/bahaya-hb-rendah-ketika-mengandung.html#ixzz3ES24ui00

CARA TINGKATKAN HB DARAH
1-Makan makanan yang mempunyai zat besi seperti telur, biji-bijian, sayuran hijau, ikan, daging, kerang, ikan bilis dan hati
2-Dapatkan rehat yang secukup nya
3-Dapatkan nasihat doktor serta pemeriksaan awal jika anda mendapati mempunyai simptom diatas.
4-Elak makan maknan yang mempunyai zat besi dengan tenusu. Kerana ia mengurangkan kadar penyerapan zat daripada makanan. Sebalik nya di ambik dengan jus bagi membantu penyerapan zat. 
5-Mengambil makanan tambahan (supplement) yang diiktiraf bagi meningkatkan kandungan HB. 
Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment