Tuesday, 11 November 2014

Posted by nursyiffa sobri Posted on 22:27 | 1 comment

RESIPI : CUCUR JAGUNG MAK

Semalam Syiffa ada buat cucur jagung resipi daripada mak. Dah tua bangka baru nak merasa ber'eksperimen nak buat cucur kan? Oklah tuy kita tak reti kita belajar kan? 

BAHAN-BAHAN NYA ADALAH ;

1. Jagung
2. Daun bawang
3. Bawang Besar
4. Ikan bilis (boleh guna udang juga )
5. Cili besar
6. Serbuk perasa atau kiub ayam (syiffa preffer jenama Maggi)
7. Cili boh (kalau nak pedas)
8. Tepung Gandum
9. Telur 1biji

    Gambar 1: Bahan-bahan untuk buat cucur.

CARA PENYEDIAAN

1-Campurkan semua bahan-bahan mentah, tapi semuanya kena potong comel-comel ikut citarasa masing-masing ye.

2-Serbuk perasa di masukkan sesedap rasa. Jangan letak terlalu sedikit nanti jadi tawar (melalui pengalaman 😜)

3-Bila dah campur semua simpan semalaman dalam peti ais supaya lebih sebati.

4-Then boleh goreng dan disediakan.

    Gambar 2 : Tara... Dah siap. Boleh makan dah 😊

*Resipi ini daripada Mak Syiffa. Feel free untuk berkongsi dan buat eksperiment.


Categories:

1 comment: