Wednesday 24 December 2014

Posted by Unknown Posted on 17:09 | No comments

KEHAMILAN : KONTRAKSI BETUL ATAU PALSU?

Di hujung-hujung kehamilan mesti ramai ibu-ibu rasa anak selalu 'mengeras' dalam perut kan? Memang tak selesa sebab ia akan buat kita rasa kulit perut di tarik to the max. Hehe.. 

Ada tak yang tak tahu, apa tu 'mengeras' dalam bahasa ibu-ibu to be ni? Okay Syiffa mengaku memang agak 'blur' pada awal kehamilan. Sampai sekarang ni pun Syiffa baru tahu apa itu erti 'mengeras'. 

Perut mengeras merupakan tanda rahim sedang mengecut/mengembang atau mengalami proses kontraksi (contraction). Jika kita letakkan tangan ke atas perut, kita boleh rasa otot pada bahagian itu sedikit mengeras. Namun, perut mengeras tidak semestinya menandakan kelahiran (labor) tau. 

PERSEDIAAN UNTUK PROSES KELAHIRAN

Jangan risau kalau korang rasa sakit sikit pada hujung kehamilan. Eh..!! Bukan tunggu minggu terakhir sahaja okay untuk uterus buat persediaan untuk next stage, tapi proses ni bermula daripada minggu ke-20 . 

Uterus ni mengecut untuk persediaan sebelum proses kelahiran. Ini kerana nanti bila, tiba masa untuk melahirkan anak akan berlaku perubahan pada struktur rahim dan serviks untuk memudahkan perjalanan bayi. Inilah yang dinamakan kontraksi 'Braxton Hicks'.

PERBEZAAN KONTRAKSI 

Jom kita tengok apa beza kontraksi ni. Bukan apa, at least ibu tak dapat 'false alarm' kan. 



Kontraksi Sebenar
1) Kontraksi semakin kerap, antara 10 minit  hingga 5 minit. Dan kebiasaanya, ia akan semakin kerap apa bila sampai masa untuk melahirkan anak.
2) Sakit memulas daripada pinggang (terasa nyilu dan lenguh yang melampau) hingga ke ari-ari. 
3) kadar kontraksi semakin tinggi. Ini bermakna ketika ini sakit akan semakin melampau dan ia tidak berkurangan. 
4) Sakit kontraksi akan sentiasa ada sehingga kan ada yang mengeluarkan tanda, samada tompokan darah atau pecah air ketuban.

Kontraksi Palsu
1) Kontraksi yang tidak konsisten. Adakalanya sakit sekejap-sekejap. Tidak tentu konsistensi sakit.
2) Kadar kontraksi sekata dan tak ada peningkatan atau sakit yang berkurangan. 
3) Rasa sakit ini boleh berlaku pada trimester kedua (20 minggu ke atas) dan pada usia kehamilan 37 – 40 minggu.
4) Kontraksi boleh berlaku antara sekali atau dua kali sehari namun tahap konsistensi tidak teratur. 


Kepada semua ibu terutamanya yang tengah sarat, jangan risau jika korang akan sentiasa sakit sana sini di seluruh tubuh. Tapi percayalah tapi memang normal sakit waktu hamil ni. Jangan mengeluh ye darling, sebab tu seorang perempuan dipilih untuk menjadi seorang ibu. Sebab kita sangat 'KUAT'. 

Mungkin bukan kuat daripada fizikal nya, tapi secara batin nya. Proud for being a apart of it. 

Salam Sayang buat korang..!!


0 comments:

Post a Comment