Saturday 29 November 2014

Posted by Unknown Posted on 00:35 | No comments

PILIHAN DI HATI : SET BERPANTANG SHAKLEE

Tik tok tik tok..masa semakin berjalan. Pejam celik dah nak DUE dah..!!! 

Apa pilihan makyong semua? Nak guna herba sebagai akternatif untuk masa berpantang atau cara supplement aja? Tak salah walau apapun pilihan anda. Yang penting boleh KEMBALIKAN KESIHATAN kepada si ibu dan juga MEMBERI KEBAIKAN KEPADA IBU & ANAK. 

Buat kalini Syiffa mestilah pilih Shaklee untuk berpantang. Yup..!! Mungkin salah satu sebab Syiffa Pengedar Sah Shaklee. Tapi yang paling penting Syiffa dah plan siap-siap untuk MENYUSUKAN dengan jayanya dan KEMBALI LANSING. Wow..~~

Yup, kelebihan Set Berpantang dengan Shaklee ini , ia sangat FRIENDLY BREASTFEEDING. Dan kalau ada ibu yang nak maintain lansing balik  ada juga tambahan supplement untuk ibu berpantang yang tak menganggu  breastfeeding tau. Tak panas macam sesetengah Set Berpantang yang lain. 

Ikut pengalaman Syiffa, pernah Syiffa cuba Set Berpantang masa Aisy dulu, baby jadi kembung dan cirit-birit. Time tu sangat lah rasa bersalah. syiffa berhenti lama juga. Takut bagi kesan kepada baby, sebab baby sangat 'sensitif' dengan apa yang si ibu makan. 

CADANGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Gambar 1 : Supplement bagi Set Berpantang buat si ibu.

Energizing Soy-Protein (ESP)
ESP adalah sumber utama protein. Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan protein dalam proses pemulihan. Pengambilan protein dapat meransang pertumbuhan mental dan fizikal kepada anak, seterusnya dapat memberi anak membesar dengan sihat dan bijak. 

Selain itu, protein juga dapat membantu dalam membekalkan tenaga, memulihkan luka dengan cepat serta menaikkan seri wajah supaya tidak pucat dan lesu . Tahukah anda, pengambilan yang konsisten dapat meningkatkan susu badan ibu juga. 

Vitalea
Vitalea berfungsi sebagai multivitamin yang mana memberi zat besi kepada kita. Ia juga memenuhi keperluan nutrisi yang tidak dapat di perolehi daripada makanan. Kekurangan pengambilan zat besi boleh mengundang kepada kelesuan yang melampau, pucat lesi dan juga tak bermaya. 

Vitamin C
Pengambilan Vitamin C dapat mengembalikan seri wajah yang kusam serta meningkatkan penyerapan iron. Selain itu ia juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Vitamin C juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat melalui penghasilan kolagen dalam tubuh badan. 

Zinc
zinc mudah didapati melalui makanan laut ataupun ikan haruan. Kepada yang sukar untuk telan ikan haruan ataupun tak lalu boleh la cuba zinc bagi proses penyembuhan luka dengan cepat. Zinc ini berbentuk tablet dan tidak mempunyai rasa dan warna. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

B-Complex
B-Complex berfungsi sebagai anti-stress kepada ibu yang baru melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu amat sensitif dan mudah tertekan. B-complex ini berfungsi meredakan keresahan kepada ibu yang tengah berpantang. Selain itu bcomplex ini berfungsi membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak dan darah nifas akan membuatkan si ibu kehilangan darah. Kekurangan ini akan menjadikan si ibu lesu dan juga lemah. 

Ostematrix
Ostematrix membekalkan magnesium, kalsium dan juga Vitamin D. Ostematrix ini sangat membantu kepada si ibu yang tengah menyusukan anak. Ia menghilangkan sakit badan akibat mengiring semalaman ketika menyusu. Selain itu ia juga bertindak melembutkan najis. Akibatnya si ibu akan lawas dan juga tidak mengalami sembelit ketika berpantang. 

BERI HANYA YANG TERBAIK BUAT SI COMEL

Pandangan dan pendapat manusia sentiasa berbeza. Ada yang menjadikan jamu sebagai alternatif dan ada juga yang lebih suka menggunakan vitamin sebagai pilihan. Bagi Syiffa tiada pendapat yang salah ataupun tidak bagus. 

Bagi Syiffa selepas melahirkan anak, menjadi keutamaan kepada Syiffa untuk kembalikan kesihatan tubuh badan tak kisahlah samada dalaman atau luaran. Yang penting luka cepat pulih, tenaga kembali pulih, dapat menyusukan anak tanpa ada sebarang masalah dan juga dapat kembalikan kepada tubuh badan yang lansing. Peewwwittt..~~

Kepada ibu hamil yang sedang mencari Set Berpantang, Syiffa sarankan buat anda semua. Dengan izin Allah SWT tempoh berpantang anda adalah saat yang paling manis buat anda. 

Berminat untuk ketahui maklumat lanjut? 

Boleh hubungi saya di

NurSyiffa Sobri
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
FB : NurSyiffa Sobri
COD : Gombak, Batu Caves, Selayang. 


0 comments:

Post a Comment