Sunday 2 November 2014

Posted by Unknown Posted on 06:27 | No comments

ANDA GEMUK YANG MANA???

Kenali Gemuk anda

Di Malaysia sekarang, banyak penyakit yang ada disebabkan faktor Gemuk. Sekarang tak ramai yang ambil langkah untuk berasa sensitif bila berat badan makin naik. Tak di nafikan, bila dah habis belajar , masuk alam univerisiti ataupun alam pekerjaan, masa untuk bersenam sangat LIMIT..!!. Kalau ada pun, ramai yang lebih suka untuk "berseronok" untuk release stress lepas bekerja. Ye tak??? Sebab Syiffa pun macam tu.

Akibat nya, badan ku kian KEMBANG, sihat WALAFIAT. ngeeeee...~~

Gambar 1: membuktikan kadar peratusan orang gemuk semakin tinggi.

Gemuk ni pulak ada beberapa jenis. Jom kita audit diri. Mudah untuk kita tahu CARA UNTUK KEMBALI LANSING. wowww...!!

GEMUK AIR

Antara ciri-ciri bagi individu yang mempunyai Gemuk Air ialah:
1) Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
2) Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
3) Bahu agak jatuh apabila berdiri 
4) Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh

NOTE: Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

GEMUK ANGIN

Antara ciri Gemuk Angin ialah;
1) Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
2) Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

Secara fizikalnya, kita sendiri boleh kenali gemuk kita kategori yang mana dengan buat meng'audit diri sendiri. Macam mana?? 

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.

Gambar 2 : Keadaan perut apabila gemuk semakin kritikal. 
GEMUK DAGING

Antara ciri Gemuk Daging adalah; 
1) Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
2) Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
3) Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
4) Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging

*Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat

Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

Semoga entri kalini memberi manfaat kepada semua. Its okay kalau anda gemuk sekarang. Mulakan dengan azam yang baru untuk kurangkan berat badan. Tak payah tunggu awal tahun baru nak pasang azam, kalau nak berubah tak payah tunggu masa. Mulakan dari sekarang. Good Luck Guys. 😊😊


Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment