Wednesday 24 December 2014

Posted by Unknown Posted on 17:09 | No comments

KEHAMILAN : KONTRAKSI BETUL ATAU PALSU?

Di hujung-hujung kehamilan mesti ramai ibu-ibu rasa anak selalu 'mengeras' dalam perut kan? Memang tak selesa sebab ia akan buat kita rasa kulit perut di tarik to the max. Hehe.. 

Ada tak yang tak tahu, apa tu 'mengeras' dalam bahasa ibu-ibu to be ni? Okay Syiffa mengaku memang agak 'blur' pada awal kehamilan. Sampai sekarang ni pun Syiffa baru tahu apa itu erti 'mengeras'. 

Perut mengeras merupakan tanda rahim sedang mengecut/mengembang atau mengalami proses kontraksi (contraction). Jika kita letakkan tangan ke atas perut, kita boleh rasa otot pada bahagian itu sedikit mengeras. Namun, perut mengeras tidak semestinya menandakan kelahiran (labor) tau. 

PERSEDIAAN UNTUK PROSES KELAHIRAN

Jangan risau kalau korang rasa sakit sikit pada hujung kehamilan. Eh..!! Bukan tunggu minggu terakhir sahaja okay untuk uterus buat persediaan untuk next stage, tapi proses ni bermula daripada minggu ke-20 . 

Uterus ni mengecut untuk persediaan sebelum proses kelahiran. Ini kerana nanti bila, tiba masa untuk melahirkan anak akan berlaku perubahan pada struktur rahim dan serviks untuk memudahkan perjalanan bayi. Inilah yang dinamakan kontraksi 'Braxton Hicks'.

PERBEZAAN KONTRAKSI 

Jom kita tengok apa beza kontraksi ni. Bukan apa, at least ibu tak dapat 'false alarm' kan. 



Kontraksi Sebenar
1) Kontraksi semakin kerap, antara 10 minit  hingga 5 minit. Dan kebiasaanya, ia akan semakin kerap apa bila sampai masa untuk melahirkan anak.
2) Sakit memulas daripada pinggang (terasa nyilu dan lenguh yang melampau) hingga ke ari-ari. 
3) kadar kontraksi semakin tinggi. Ini bermakna ketika ini sakit akan semakin melampau dan ia tidak berkurangan. 
4) Sakit kontraksi akan sentiasa ada sehingga kan ada yang mengeluarkan tanda, samada tompokan darah atau pecah air ketuban.

Kontraksi Palsu
1) Kontraksi yang tidak konsisten. Adakalanya sakit sekejap-sekejap. Tidak tentu konsistensi sakit.
2) Kadar kontraksi sekata dan tak ada peningkatan atau sakit yang berkurangan. 
3) Rasa sakit ini boleh berlaku pada trimester kedua (20 minggu ke atas) dan pada usia kehamilan 37 – 40 minggu.
4) Kontraksi boleh berlaku antara sekali atau dua kali sehari namun tahap konsistensi tidak teratur. 


Kepada semua ibu terutamanya yang tengah sarat, jangan risau jika korang akan sentiasa sakit sana sini di seluruh tubuh. Tapi percayalah tapi memang normal sakit waktu hamil ni. Jangan mengeluh ye darling, sebab tu seorang perempuan dipilih untuk menjadi seorang ibu. Sebab kita sangat 'KUAT'. 

Mungkin bukan kuat daripada fizikal nya, tapi secara batin nya. Proud for being a apart of it. 

Salam Sayang buat korang..!!


Saturday 29 November 2014

Posted by Unknown Posted on 00:35 | No comments

PILIHAN DI HATI : SET BERPANTANG SHAKLEE

Tik tok tik tok..masa semakin berjalan. Pejam celik dah nak DUE dah..!!! 

Apa pilihan makyong semua? Nak guna herba sebagai akternatif untuk masa berpantang atau cara supplement aja? Tak salah walau apapun pilihan anda. Yang penting boleh KEMBALIKAN KESIHATAN kepada si ibu dan juga MEMBERI KEBAIKAN KEPADA IBU & ANAK. 

Buat kalini Syiffa mestilah pilih Shaklee untuk berpantang. Yup..!! Mungkin salah satu sebab Syiffa Pengedar Sah Shaklee. Tapi yang paling penting Syiffa dah plan siap-siap untuk MENYUSUKAN dengan jayanya dan KEMBALI LANSING. Wow..~~

Yup, kelebihan Set Berpantang dengan Shaklee ini , ia sangat FRIENDLY BREASTFEEDING. Dan kalau ada ibu yang nak maintain lansing balik  ada juga tambahan supplement untuk ibu berpantang yang tak menganggu  breastfeeding tau. Tak panas macam sesetengah Set Berpantang yang lain. 

Ikut pengalaman Syiffa, pernah Syiffa cuba Set Berpantang masa Aisy dulu, baby jadi kembung dan cirit-birit. Time tu sangat lah rasa bersalah. syiffa berhenti lama juga. Takut bagi kesan kepada baby, sebab baby sangat 'sensitif' dengan apa yang si ibu makan. 

CADANGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Gambar 1 : Supplement bagi Set Berpantang buat si ibu.

Energizing Soy-Protein (ESP)
ESP adalah sumber utama protein. Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan protein dalam proses pemulihan. Pengambilan protein dapat meransang pertumbuhan mental dan fizikal kepada anak, seterusnya dapat memberi anak membesar dengan sihat dan bijak. 

Selain itu, protein juga dapat membantu dalam membekalkan tenaga, memulihkan luka dengan cepat serta menaikkan seri wajah supaya tidak pucat dan lesu . Tahukah anda, pengambilan yang konsisten dapat meningkatkan susu badan ibu juga. 

Vitalea
Vitalea berfungsi sebagai multivitamin yang mana memberi zat besi kepada kita. Ia juga memenuhi keperluan nutrisi yang tidak dapat di perolehi daripada makanan. Kekurangan pengambilan zat besi boleh mengundang kepada kelesuan yang melampau, pucat lesi dan juga tak bermaya. 

Vitamin C
Pengambilan Vitamin C dapat mengembalikan seri wajah yang kusam serta meningkatkan penyerapan iron. Selain itu ia juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Vitamin C juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat melalui penghasilan kolagen dalam tubuh badan. 

Zinc
zinc mudah didapati melalui makanan laut ataupun ikan haruan. Kepada yang sukar untuk telan ikan haruan ataupun tak lalu boleh la cuba zinc bagi proses penyembuhan luka dengan cepat. Zinc ini berbentuk tablet dan tidak mempunyai rasa dan warna. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

B-Complex
B-Complex berfungsi sebagai anti-stress kepada ibu yang baru melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu amat sensitif dan mudah tertekan. B-complex ini berfungsi meredakan keresahan kepada ibu yang tengah berpantang. Selain itu bcomplex ini berfungsi membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak dan darah nifas akan membuatkan si ibu kehilangan darah. Kekurangan ini akan menjadikan si ibu lesu dan juga lemah. 

Ostematrix
Ostematrix membekalkan magnesium, kalsium dan juga Vitamin D. Ostematrix ini sangat membantu kepada si ibu yang tengah menyusukan anak. Ia menghilangkan sakit badan akibat mengiring semalaman ketika menyusu. Selain itu ia juga bertindak melembutkan najis. Akibatnya si ibu akan lawas dan juga tidak mengalami sembelit ketika berpantang. 

BERI HANYA YANG TERBAIK BUAT SI COMEL

Pandangan dan pendapat manusia sentiasa berbeza. Ada yang menjadikan jamu sebagai alternatif dan ada juga yang lebih suka menggunakan vitamin sebagai pilihan. Bagi Syiffa tiada pendapat yang salah ataupun tidak bagus. 

Bagi Syiffa selepas melahirkan anak, menjadi keutamaan kepada Syiffa untuk kembalikan kesihatan tubuh badan tak kisahlah samada dalaman atau luaran. Yang penting luka cepat pulih, tenaga kembali pulih, dapat menyusukan anak tanpa ada sebarang masalah dan juga dapat kembalikan kepada tubuh badan yang lansing. Peewwwittt..~~

Kepada ibu hamil yang sedang mencari Set Berpantang, Syiffa sarankan buat anda semua. Dengan izin Allah SWT tempoh berpantang anda adalah saat yang paling manis buat anda. 

Berminat untuk ketahui maklumat lanjut? 

Boleh hubungi saya di

NurSyiffa Sobri
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
FB : NurSyiffa Sobri
COD : Gombak, Batu Caves, Selayang. 


Friday 28 November 2014

Posted by Unknown Posted on 23:28 | No comments

TESTIMONI : SET RESDUNG SHAKLEE


Salam pembaca sekalian, 

Harini Syiffa nak kongsikan testimoni adik ku Aween yang ada masalah resdung tahap kritikal. Tak adalah tahap sampai nak kena operate tapi memang nampak sangat tahap allergik yang kena bendung. 

Zaman anak dara ni makin banyak la nak merayau naik, tambahan sang jerawat yang comel nak tumbuh kat muka. Nak interrprem. Alahai..kecian. Eh ..!! Jangan ingat jerawat ni masalah kecik okay, boleh buat hilang rasa hilang konfiden. Kadang-kadang rasa down tak tentu hala tau. Lubang-lubang kat muka tu,,sampai ke tua tau melekat.

So better kita tanggani awal-awal. 

Gambar 1 : inilah gambar sebelum dan selepas guna Set Resdung Shaklee

HEALING CRISIS
Pada awal pengambilan, memang terdapat kesan sampingan yang di panggil healing crisis. Muka semakin berjerawat, mestilah gelabah kan bila jadi macam ni, tapi Syiffa nasihatkan untuk terus ambil supplement dan banyakkan minum air masak. 

Healing crisis adalah salah satu tanda badan kita bertindak balas dengan supplement. Ia petanda bagus, kerana ia membuktikan tubuh badan kita masih mampu bertindak balas. Ia menunjukkan tubuh badan kita tengah 'pulih'. Supplement bertindak memenuhi keperluan badan yang kurang. Sebab itu ia bertindak balas. 

Nasihat Syiffa jika anda mengambil supplement Shaklee dan mengalami beberapa petanda sila KONSISTEN untuk ambil supplement, KURANGKAN DOS pengambilan dan juga BANYAKKAN pengambilan AIR MASAK. 

BERJAYA PULIH

Konsistensi dalam pengambilan supplement berjaya memulihkan keadaan kulit. Tak ada lagi BERSIN sampai MERAH MATA, ALERGIK SEMAKIN BERKURANG ( seafood & habuk). Yang paling syok sekali KULIT MUKA DAH TAK BERJERAWAT. yeay..happy for her. 

Anda mengalami masalah resdung juga? Boleh hubungi saya untuk cadangan pengambilan supplement. Syiffa akan bantu anda dengan memberi cadangan hanya yang terbaik. 

Anda boleh hubungi saya di :

NurSyiffa Sobri
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Page FB: Diari Seorang Ibu


Friday 14 November 2014

Posted by Unknown Posted on 04:39 | No comments

KENAPA PERLU BERBENGKUNG KETIKA BERPANTANG?

Soalan yang pernah bermain di fikiran masa Syiffa berpantang dulu. Secara umum nya mungkin secara logik untuk mengempiskan perut kan? Habis selain itu apa pulak? Okay mungkin sedikit info boleh dikongsikan buat ibu-ibu semua. 

HORMON RELAXIN

Ketika hamil, tubuh ibu hamil secara semulajadinya menghasilkan Hormon Relaxin. Hormon ni untuk bagi anggota badan ibu lebih mudah untuk dilentur. Samada ketika hamil ataupun melahirkan anak.   

Tubuh badan yang semakin sarat akan buat kebanyakkan bahagian tubuh badan merasa 'tegang' di sebabkan sarat kandungan. So hormon ni lah akan buat badan lebih mudah dilentur bagi menampung berat kandungan. Dan selepas 3bulan melahirkan anak, tubuh badan masih mempunyai hormon ini. 

 Gambar 1: Kandungan Syiffa 6bulan. 


BERBENGKUNG DAN BERPANTANG

Menjadi amalan bagi ibu-ibu yang berpantang untuk memakai berbengkung dalam tempoh berpantang 44hari. Berbengkung ini di pakai dari awal pagi, dipakai dengan ketat dan boleh bertahan sampai ke petang. (Tapi ada juga ibu-ibu yang pakai setakat 2-3jam aja..alahaii ruginya). Bila kita berbengkung ketika berpantang ia akan kembalikan bentuk tubuh badan kita yang cantik dengan cepat. Tambahan masa berpantang. (Kan hormon relaxin masih ada, tubuh badan lentur dengan cepat). 

MANFAAT BERBENGKUNG

✔️ Kembalikan bentuk badan asal, jika korang disipilin bentuk badan akan jadi lebih cantik daripada yang asal tau. 
✔️ Kempiskan perut dengan cepat. Bila mengandungkan perut kita kembang, so jika kita dispilin pakai bengkung perut mudah kempis. Tambahan kalau di letakkan pula dengan bahan-bahan herba bagi panas dan bakar lemak di bahagian perut. 
✔️ Cegah daripada makan berlebihan. Ini fungsi macam kita pakai koset juga. Bila kita pakai koset pemakanan kita terkawal. Takdalah makan aja sampai penuh perut. Sekurang-kurangnya bila pakai koset kita akan rasa 'senak' bila overload. Hehehe..
✔️ Kembalikan postur badan. Bila kita mengandung tulang belakang ni akan melentur. Yalah tanggung berat kandungan lagi, berat badan yang bertambah lagi ..ha makin lama makin berat tanggungan. So masa nilah kita nak 'rehat' kan tulang belakang yang bekerja keras selama 9bulan. 

      Gambar 2 : Antara contoh jenis bengkung. 


Selain daripada berbekung terdapat pelbagai amalan daripada turun menurun yang boleh kita amalkan. Macam bertungku, bertangas dan amalan pemakanan. Antara kita nak amalkan secara dispilin sahaja ataukita buat ikut suka. Ingat tau kalau berpantang 'ikut suka' nanti result pun 'ikut suka' juga lah. 

Kepada ibu-ibu di luar sana, semoga menjalani proses berpantang dengan penuh disiplin. Mau ke tengok cik abang jeling yang lebih comel-comel ketika badan kita bulat seperti ikan buntal? Tepuk dada tanya minda. 

Salam Sayang

NurSyiffa Sobri
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook: NurSyiffa Sobri. 

Tuesday 11 November 2014

Posted by Unknown Posted on 22:27 | 1 comment

RESIPI : CUCUR JAGUNG MAK

Semalam Syiffa ada buat cucur jagung resipi daripada mak. Dah tua bangka baru nak merasa ber'eksperimen nak buat cucur kan? Oklah tuy kita tak reti kita belajar kan? 

BAHAN-BAHAN NYA ADALAH ;

1. Jagung
2. Daun bawang
3. Bawang Besar
4. Ikan bilis (boleh guna udang juga )
5. Cili besar
6. Serbuk perasa atau kiub ayam (syiffa preffer jenama Maggi)
7. Cili boh (kalau nak pedas)
8. Tepung Gandum
9. Telur 1biji

    Gambar 1: Bahan-bahan untuk buat cucur.

CARA PENYEDIAAN

1-Campurkan semua bahan-bahan mentah, tapi semuanya kena potong comel-comel ikut citarasa masing-masing ye.

2-Serbuk perasa di masukkan sesedap rasa. Jangan letak terlalu sedikit nanti jadi tawar (melalui pengalaman 😜)

3-Bila dah campur semua simpan semalaman dalam peti ais supaya lebih sebati.

4-Then boleh goreng dan disediakan.

    Gambar 2 : Tara... Dah siap. Boleh makan dah 😊

*Resipi ini daripada Mak Syiffa. Feel free untuk berkongsi dan buat eksperiment.


Posted by Unknown Posted on 07:38 | No comments

TESTIMONI : KULIT SEMAKIN CANTIK

Pernah tak alami, susah nak hilangkan BEKAS JERAWAT? Yang tompok-tompok hitam tu?? Okay kalau ada yang tak tahu, warna hitam bekas jerawat di muka kita adalah kesan daripada Sel Kulit yang mati. 

Bila jerawat tumbuh dan kecut, tompokan hitam akan berlaku. Untuk hilangkan tompok hitam di muka, sel kulit yang baru dan sihat diperlukan. 

Tahukah korang, makanan utama SEL adalah PROTEIN? Apabila sel baru makan protein yang berkualiti ia akan menghasilkan SEL KULIT YANG SIHAT. 

Gambar 1 : Testimoni pengguna ESP Shaklee

Testimoni menunjukkan perubahan ketara kepada kulit dan bentuk wajah.
👉 WARNA KULIT SEKATA
👉 TOMPOKAN BEKAS JERAWAT HILANG
👉 MUKA SEMAKIN RUNCING

Selain daripada mencantikkan kulit, ESP Shaklee juga mengurangkan nafsu makan. Ini kerana, ESP Shaklee akan buat kita kenyang yang lama dan secara tidak lansung ia mengurangkan nafsu makan juga. 

Berminat untuk mencantikkan kulit dengan ESP Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

NurSyiffa Sobri
☎️012-667 3779
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook : NurSyiffa Sobri
COD Area : Batu Caves, Gombak, Wangsa maju
Posted by Unknown Posted on 06:22 | No comments

TESTIMONI : SAYA DAH KURUS..!!

Memang menjadi idaman setiap ibu yang baru melahirkan anak untuk nak kembali kuruskan badan. Siapa yang tak nak kan? Ala-ala buat come back bila lepas delivered. Hehehe.


Testimoni kalini Syiffa kongsikan daripada officemate yang menggunakan SET BREASTFEEDING SHAKLEE. Asal awal nak tambahkan susu badan sahaja,  tapi dapat pakej yang lain, badan menjadi lebih lansing.

Okay ini memang kenyataan. Pada yang ada masalah untuk kurangkan berat badan Shaklee pun ada Set Breastfeeding + Slimming okay?

KENYATAAN : Menyusu badan dapat mengurangkan berat badan.

Yup..!! Syiffa setuju. Yang menjadi masalahnya bila kebanyakkan ibu yang BF (breastfeeding) ni tak kawal makan. Jeng..jeng..jeng..

Bagaimana nak kurangkan berat badan tanpa memberi kesan kepada baby? Okay next entri Syiffa akan ceritakan.

Seriously memang berkesan. Nanti Syiffa belanja testimoni daripada Syiffa pula. Macam ala-ala retis gitu. Takpa, benda baik kita kongsi ramai-ramai. Kan?

Berminat untuk tahu tentang menyusukan anak sambil kuruskan badan? Jangan malu-malu hubungi Syiffa  okay.

NurSyiffa Binti Sobri
012-667 3779
💌 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook : NurSyiffa Sobri
COD Area : Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju