Friday 14 November 2014

Posted by Unknown Posted on 04:39 | No comments

KENAPA PERLU BERBENGKUNG KETIKA BERPANTANG?

Soalan yang pernah bermain di fikiran masa Syiffa berpantang dulu. Secara umum nya mungkin secara logik untuk mengempiskan perut kan? Habis selain itu apa pulak? Okay mungkin sedikit info boleh dikongsikan buat ibu-ibu semua. 

HORMON RELAXIN

Ketika hamil, tubuh ibu hamil secara semulajadinya menghasilkan Hormon Relaxin. Hormon ni untuk bagi anggota badan ibu lebih mudah untuk dilentur. Samada ketika hamil ataupun melahirkan anak.   

Tubuh badan yang semakin sarat akan buat kebanyakkan bahagian tubuh badan merasa 'tegang' di sebabkan sarat kandungan. So hormon ni lah akan buat badan lebih mudah dilentur bagi menampung berat kandungan. Dan selepas 3bulan melahirkan anak, tubuh badan masih mempunyai hormon ini. 

 Gambar 1: Kandungan Syiffa 6bulan. 


BERBENGKUNG DAN BERPANTANG

Menjadi amalan bagi ibu-ibu yang berpantang untuk memakai berbengkung dalam tempoh berpantang 44hari. Berbengkung ini di pakai dari awal pagi, dipakai dengan ketat dan boleh bertahan sampai ke petang. (Tapi ada juga ibu-ibu yang pakai setakat 2-3jam aja..alahaii ruginya). Bila kita berbengkung ketika berpantang ia akan kembalikan bentuk tubuh badan kita yang cantik dengan cepat. Tambahan masa berpantang. (Kan hormon relaxin masih ada, tubuh badan lentur dengan cepat). 

MANFAAT BERBENGKUNG

✔️ Kembalikan bentuk badan asal, jika korang disipilin bentuk badan akan jadi lebih cantik daripada yang asal tau. 
✔️ Kempiskan perut dengan cepat. Bila mengandungkan perut kita kembang, so jika kita dispilin pakai bengkung perut mudah kempis. Tambahan kalau di letakkan pula dengan bahan-bahan herba bagi panas dan bakar lemak di bahagian perut. 
✔️ Cegah daripada makan berlebihan. Ini fungsi macam kita pakai koset juga. Bila kita pakai koset pemakanan kita terkawal. Takdalah makan aja sampai penuh perut. Sekurang-kurangnya bila pakai koset kita akan rasa 'senak' bila overload. Hehehe..
✔️ Kembalikan postur badan. Bila kita mengandung tulang belakang ni akan melentur. Yalah tanggung berat kandungan lagi, berat badan yang bertambah lagi ..ha makin lama makin berat tanggungan. So masa nilah kita nak 'rehat' kan tulang belakang yang bekerja keras selama 9bulan. 

      Gambar 2 : Antara contoh jenis bengkung. 


Selain daripada berbekung terdapat pelbagai amalan daripada turun menurun yang boleh kita amalkan. Macam bertungku, bertangas dan amalan pemakanan. Antara kita nak amalkan secara dispilin sahaja ataukita buat ikut suka. Ingat tau kalau berpantang 'ikut suka' nanti result pun 'ikut suka' juga lah. 

Kepada ibu-ibu di luar sana, semoga menjalani proses berpantang dengan penuh disiplin. Mau ke tengok cik abang jeling yang lebih comel-comel ketika badan kita bulat seperti ikan buntal? Tepuk dada tanya minda. 

Salam Sayang

NurSyiffa Sobri
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook: NurSyiffa Sobri. 

0 comments:

Post a Comment