Monday, 2 June 2014

Posted by nursyiffa sobri Posted on 21:04 | No comments

RINGANKAN BEBAN ISTERIMU KETIKA BERSALIN

Ketika isterimu sedang berjuang bagi mendapatkan cahayamata sentiasalah menjadi penyokong setia yang sentiasa berada di sisinya.


1-Isteri yang hendak bersalin kebanyakkan dalam keadaan stress dan bercampur perasaan nya. Sakit di perut, lenguh di belakang badan, rasa menyucuk di bawah perut semuanya tak dapat di ucap dengan kata-kata pada ketika itu. Pada ketika kata-kata isteri hanya sekadar penghilang rasa beban yang dirasa. Suami banyak lah bersabar dan sentiasa berada di sisi isteri. Jadilah SUMBER SEMANGAT nya untuk terus berjuang.

2-Sediakan makanan & minuman yang berkhasiat supaya dapat membantu dalam proses kelahiran anak dengan semangat & penuh kekuatan.

3-Berkomunikasilah dengan dengan isteri supaya isteri tidak tertumpu kepada kesakitan. Ringankanlah beban hatinya dengan bercerita tentang perkara yang mengembirakan hatinya.

4-Suami haruslah juga bersedia dari segi mental & fizikal. Keadaan dalam bilik bersalin mungkin agak mencabar. Keadaan isteri yang sakit, mungkin terdapat juga bau darah ataupun najis. Apa yang anda perlu buat adalah anda kena kuat dalaman & luaran.

Selamat berjuang buat isteri-isteri sekalian. Kepada suami, semoga berjaya menghadapi cabaran baru. Terutamanya kepada pasangan yang bakal melahirkan anak pertama mereka.

Semoga dipermudahkan Oleh Nya.