Tuesday, 11 November 2014

Posted by Unknown Posted on 22:27 | 1 comment

RESIPI : CUCUR JAGUNG MAK

Semalam Syiffa ada buat cucur jagung resipi daripada mak. Dah tua bangka baru nak merasa ber'eksperimen nak buat cucur kan? Oklah tuy kita tak reti kita belajar kan? 

BAHAN-BAHAN NYA ADALAH ;

1. Jagung
2. Daun bawang
3. Bawang Besar
4. Ikan bilis (boleh guna udang juga )
5. Cili besar
6. Serbuk perasa atau kiub ayam (syiffa preffer jenama Maggi)
7. Cili boh (kalau nak pedas)
8. Tepung Gandum
9. Telur 1biji

    Gambar 1: Bahan-bahan untuk buat cucur.

CARA PENYEDIAAN

1-Campurkan semua bahan-bahan mentah, tapi semuanya kena potong comel-comel ikut citarasa masing-masing ye.

2-Serbuk perasa di masukkan sesedap rasa. Jangan letak terlalu sedikit nanti jadi tawar (melalui pengalaman 😜)

3-Bila dah campur semua simpan semalaman dalam peti ais supaya lebih sebati.

4-Then boleh goreng dan disediakan.

    Gambar 2 : Tara... Dah siap. Boleh makan dah 😊

*Resipi ini daripada Mak Syiffa. Feel free untuk berkongsi dan buat eksperiment.


Posted by Unknown Posted on 07:38 | No comments

TESTIMONI : KULIT SEMAKIN CANTIK

Pernah tak alami, susah nak hilangkan BEKAS JERAWAT? Yang tompok-tompok hitam tu?? Okay kalau ada yang tak tahu, warna hitam bekas jerawat di muka kita adalah kesan daripada Sel Kulit yang mati. 

Bila jerawat tumbuh dan kecut, tompokan hitam akan berlaku. Untuk hilangkan tompok hitam di muka, sel kulit yang baru dan sihat diperlukan. 

Tahukah korang, makanan utama SEL adalah PROTEIN? Apabila sel baru makan protein yang berkualiti ia akan menghasilkan SEL KULIT YANG SIHAT. 

Gambar 1 : Testimoni pengguna ESP Shaklee

Testimoni menunjukkan perubahan ketara kepada kulit dan bentuk wajah.
👉 WARNA KULIT SEKATA
👉 TOMPOKAN BEKAS JERAWAT HILANG
👉 MUKA SEMAKIN RUNCING

Selain daripada mencantikkan kulit, ESP Shaklee juga mengurangkan nafsu makan. Ini kerana, ESP Shaklee akan buat kita kenyang yang lama dan secara tidak lansung ia mengurangkan nafsu makan juga. 

Berminat untuk mencantikkan kulit dengan ESP Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

NurSyiffa Sobri
☎️012-667 3779
📧 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook : NurSyiffa Sobri
COD Area : Batu Caves, Gombak, Wangsa maju
Posted by Unknown Posted on 06:22 | No comments

TESTIMONI : SAYA DAH KURUS..!!

Memang menjadi idaman setiap ibu yang baru melahirkan anak untuk nak kembali kuruskan badan. Siapa yang tak nak kan? Ala-ala buat come back bila lepas delivered. Hehehe.


Testimoni kalini Syiffa kongsikan daripada officemate yang menggunakan SET BREASTFEEDING SHAKLEE. Asal awal nak tambahkan susu badan sahaja,  tapi dapat pakej yang lain, badan menjadi lebih lansing.

Okay ini memang kenyataan. Pada yang ada masalah untuk kurangkan berat badan Shaklee pun ada Set Breastfeeding + Slimming okay?

KENYATAAN : Menyusu badan dapat mengurangkan berat badan.

Yup..!! Syiffa setuju. Yang menjadi masalahnya bila kebanyakkan ibu yang BF (breastfeeding) ni tak kawal makan. Jeng..jeng..jeng..

Bagaimana nak kurangkan berat badan tanpa memberi kesan kepada baby? Okay next entri Syiffa akan ceritakan.

Seriously memang berkesan. Nanti Syiffa belanja testimoni daripada Syiffa pula. Macam ala-ala retis gitu. Takpa, benda baik kita kongsi ramai-ramai. Kan?

Berminat untuk tahu tentang menyusukan anak sambil kuruskan badan? Jangan malu-malu hubungi Syiffa  okay.

NurSyiffa Binti Sobri
012-667 3779
💌 nursyiffa_sobri@yahoo.com
Facebook : NurSyiffa Sobri
COD Area : Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju


Monday, 10 November 2014

Posted by Unknown Posted on 20:34 | 2 comments

OSTEMATRIX ATASI MASALAH SEMBELIT

Masalah sembelit di kalangan ibu hamil dan ibu berpantang adalah satu situasi yang tak boleh di elakkan.

Kalau ibu berpantang ataupun ibu hamil tak semua alternatif sembelit boleh di guna pakai. Ada sesetengah orang yang alami sembelit akan gunakan julap ataupun apa-apa ubat bagi memudahkan proses pembuangan.

Sini Syiffa kongsikan alternatif yang selamat buat ibu hamil dan berpantang bagi atasi masalah sembelit. Bukan hanya masalah sembelit tau tapi dapat memberi manfaat kepada perkara lain.

OSTEMATRIX KURANGKAN SEMBELIT

Antara agen utama yang terkandung dalam Ostematrix adalah 

> MANGANESE, COPPER,ZINK
> KALSIUM
> MAGNESIUM
> VITAMIN D
> BORON

Gambar 1 : Ostematrix Shaklee

Agen utama yang membantu dalam masalah sembelit adalah MAGNESIUM. 

MANGESIUM berfungsi sebagai agen yang "menarik" jumlah air ke dalam usus. Dan dalam masa yang sama ia juga akan "melembut kan najis". 

Selain itu MAGNESIUM juga membantu dalam merehatkan otot dalam usus-hal ini akan membantu dalam membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit. 


KELEBIHAN LAIN OSTEMATRIX

IBU BERPANTANG
❤Mengurangkan sakit dan lenguh badan selepas melahirkan anak
❤ Meningkatkan kandungan kalsium dalam badan selepas melahirkan anak serta memberi keperluan kalsium kepada ibu yang menyusukan badan ketika berpantang.
 
IBU HAMIL
❤ Mengurangkan simptom kejang kaki /tarik mengkarung /simpul biawak.
❤ Kurangkan sakit badan (apabila semakin sarat)
❤ Memenuhi keperluan kalsium buat ibu hamil yang tidak minum susu.

Berminat untuk mencuba? Jangan malu-malu untuk hubungi saya 

NurSyiffa Binti Sobri
Email: nursyiffa_sobri@yahoo.com
COD : Batu Caves, Gombak, Wangsa Maju

Saturday, 8 November 2014

Posted by Unknown Posted on 19:54 | No comments

SEMBELIT KETIKA HAMIL

Pengalaman semasa hamil memang dah macam-macam kan? Ada yang manis ada yang tak berapa nak manis. Hehehe.. Tapi harini Syiffa nak story tentang yang tak berapa nam manis tu. 

Pernah tak dengar tentang SEMBELIT SEMASA HAMIL. tapi yang perit tu bila di hujung usia kandungan. Lebih kurang 7bulan keatas. Yala, bila perut dah besar kita susah nak bergerak, bila meneran lebih-lebih kang terberanak dalam bilik air pulak. Hehehe.. Tapi melalui pengalaman Syiffa masa anak pertama masa awal hamil pun memang dah mula rasa. Mungkin sebab ubat zat besi yang doktor bagi. 



Terdapat beberapa sebab kenapa sembelit selalu terjadi kepada ibu-ibu hamil.
✔️KURANG PERGERAKAN FIZIKAL
Bila perut semakin memboyot, badan makin lebar, jarum penimbang makin kekiri dengan gayanya, tak di nafikan pergerakan ibu yang sarat semakin limit. Bukan limit macam mana, bila dah sarat kita kurang bergerak, bersenam apa tah lagi. Jadi badan jadi "malas". Jadi sistem pencernaan pun makin slow dan steady. Heeee...

✔️ PEMAKANAN KURANG SERAT
Mengaku tak yang kita makan ikut "apa yang kita nak makan" dan kita bukan makan ikut "apa yang perlu kita makan". Kita makan ikut selera, ikut "teringin" kita. Tapi sangat jarang kita makan ikut keperluan badan. Ini melalui pengalaman dan apa yang Syiffa nampak. Kita suka makan ikut sedap mulut. Betul tak? Betul tak? Mengaku cepat.. 😁😁

✔️ PERUBAHAN HORMON
Wanita hamil hormon progesterone tinggi. Jadi ia menyebabkan usus yang memperoses makanan jadi lambat. Selain itu, bila rahim si ibu semakin besar, tekanan kepada usus. Kiranya rahim ni ambil ruang yang besar sampai sempitkan ruang bagi usus besar. Bila jadi macam ni ia boleh menyebabkan hilang pergerakan makanan ke usus dan rectum. 

✔️ PENGAMBILAN ZAT BESI
Pernah tak korang TER'tengok najis bila kita alami sembelit. Najis menjadi keras dan ada 'warna' kan. Okay, perlu di ambil tahu ye, bila doktor bagi kita zat besi untuk tingkatkan HB darah, zat besi itu boleh menyebabkan sembelit, najis akan menjadi lebih keras. Kadang-kadang macam ketul batu.. Hihihi.. Over tak?  So PLEASE kalau anda semua alamai masalah untuk 'membuang' . Tolong bagi tau doktor anda tentang masalah pembuangan anda. Bukan apa , bila kita bagitau doktor sekurang-kurangkan doktor boleh alternative supplement yang lain. 

KESAN SEMBELIT
Sembelit no tak bahaya sebenarnya, tapi ia akan memberi kesan kepada korang bila nak melahirkan anak. Okay macam ni, bila kita alami sembelit ia akan sebabkan berlakunya BUASIR (worth case). Bila dah jadi buasir ia akan menganggu bila korang nak meneran semasa melahirkan anak. Bukan apa silap teran buasir tu akan menjadi lebih teruk. So please jangan ambil mudah. Kadang-kadang hal kecil macam ni buatkan menganggu dalam proses 'melahirkan' anak. Lagipun kesian kepada ibu-ibu. Dubur sakit, tempat lahirkan baby pun sakit. 

Syiffa doakan ibu sekalian sihat sejahtera sepanjang kehamilan ye. Insya Allah next entri Syiffa akan bagi tips-tips yang membantu bagi masalah sembelit anda. Cewahhh.. Melalui amalan yang syiffa amalkan mungkin dapat membantu. Second baby ni Syiffa takde sembelit okay. (Poyo tak? ) hihihi..

PM syiffa directly kalau nak fast response bagi masalah sembelit anda. Jangan risau takda adegan CIRIT BIRIT ye. 

Salam Sayang
NurSyiffa Sobri
☎️012-667 3779
Facebook : NurSyiffa Sobri

Tuesday, 4 November 2014

Salam semua, entri kali ni Syiffa nak kongsikan kelebihan minyak ikan Shaklee atau di panggil OMEGAGUARD berbanding minyak ikan yang lain. Bukan nak promot semata-mata sebab Syiffa jual Shaklee tapi Syiffa nak berkongsi maklumat kenapa ia sangat berbeza dengan minyak ikan yang ada di pasaran sekarang.  Dan bagi Syiffa, anda semua patut tahu sebagai pembeli atau pengguna. Kan...????


Antara kelebihan Omegaguard Shaklee adalah

KAEDAH PENYULINGAN YANG TERBAIK
✔️ Omegaguard ini melalui kaedah penyulingan proprietari tiga molekul yang mana bagi memekatkan asid lemak omega3 yang tulen. Ia adalah kaedah yang berteknologi tinggi yang di panggil kaedah ultratulen bergred farmaseutikal.
* tidak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, kalau ada pun hanya melalui 1x atau 2x. Sebab kaedah ini adalah kaedah yang mahal. Shaklee sahaja yang melalui 3x proses penyulingan yer, harga Shaklee tawarkan pun memang mampu milik, benda berkuliti tinggi dan terpilih kan? 
✔️ Teknologi yang di pakai akan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, arsenik,merkuri etc.
✔️ Kebanyakkan minyak ikan yang ada di pasaran melalui proses penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini akan mengurangkan nutrien yang terdapat dalam minyak ikan dan tak boleh menapis kandungan logam yang berbahaya. 

MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA
✔️Menggunakan ikan Shaklee diektrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ikan-ikan ini mempunyai tahap merkuri yang terendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain. Yang mana mampu merendahkan lemak dalam darah. 

ASID LEMAK LENGKAP
✔️Asid lemak yang terdapat dalam minyak ikan Shaklee mengandungi 7 asid lemak yang diperlukan oleh badan, DHA, EPA, HPA, ETA,SDA, DPA etc. Omega-3 adalah asid lemak yang tidak boleh di hasilkan oleh badan jadi kita kenalah ambil daripada makanan ataupu supplement. 

PALING TINGGI DHA & EPA
✔️ Minyak ikan Shaklee mengandungi kandungan EPA & DHA yang tinggi jika di bandingkan dengan minyak ikan yang lain.1 kapsul Omegaguard mengandungi 905mg asid lemak Omega EPA & DHA. 


Gambar 1: Menunjukkan perbezaan kandungan antara minyak ikan Shaklee dengan yang lain. 

Sebab tu Syiffa memang jatuh hati dengan Minyak ikan Shaklee berbanding yang lain. 1kapsul TINGGI KHASIAT, dahla guna ikan yang PALING RENDAH BAHAN BAHAYA, ditambah pula dengan 3x PENYULINGAN. Memang superb..!! 

Tambahan bulan ni sempena promosi Omegaguard Syiffa tak nak ketinggalan untuk merasa untung nya bila ber'OMEGA dengan Shaklee. 

Kalau anda jenis CEPAT LUPA tambahan selepas melahirkan akan, susah nak ingat sesuatu perkara, ada masalah BERAT BADAN, KOLESTROL TINGGI, dan nak KULIT CANTIK anda memang tergolong dalam kalangan WAJIB AMBIL MINYAK IKAN. 😁



Semoga informasi ni dapat memberi manfaat buat anda. 

Berminat untuk mencuba ? Hubungi ;

NurSyiffa Sobri
Whatsapp /  Call ☎️ : 012-667 3779 
FB: NurSyiffa Sobri
Email : nursyiffa_sobri@ yahoo.com
COD: Gombak, Wangsa Maju, Taman Melati, Batu Caves.


Sunday, 2 November 2014

Posted by Unknown Posted on 19:10 | No comments

MANFAAT OMEGAGUARD BUAT IBU HAMIL

Sempena bulan promo Omegaguard, Syiffa nak kongsikan kelebihan Omegaguard buat ibu hamil. Sempena usia kehamilan Syiffa yang mencecah 8bulan ni banyak Syiffa nampak kebaikan atau kelebihan buat Ibu hamil. 

Antara kelebihan nya

MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI
>DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada usia kandungan 3bulan terakhir perkembangan otak janin ketika dalam kandungan. DHA juga terdapat dalam susu ibu, yang mana DHA ini berfungsi untuk meningkatkan keupayaan ingatan dan pelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendegaran, mencegah migraine. 

Gambar 1 : Kelebihan Omegaguard buat janin dalam kandungan. 

MENGURANGKAN ALAHAN BAYI SELEPAS DI LAHIRKAN
>Tahukah anda, jika seorang ibu hamil konsisten dalam pengambilan minyak ikan ketika hamil,ia akan mengurangkan risiko dalam untuk mendapat enzema walaupun mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai enzema (ibubapa). 

>Selain itu, Omega juga dapat mengurangkan radang akibat enzema atau mana-mana alahan akibat kulit yang sensitif. 

Gambar 2 : Gambar keadaan enzema di kalangan bayi. 

ELAK PENINGKATAN BERAT BADAN BERLEBIHAN
> Ianya normal jika berat badan ketika hamil naik, tapi adalah tidak di galakkan apabila berat badan naik mendadak hingga menyebabkan OBESITI. Selain daripada itu, Omegaguard juga mampu mengawal kadar KOLESTROL dalam badan ketika hamil. Jangan ambik mudah ye, nafsu makan masa mengandung ni memang UNPREDICTABLE sikit tapi jangan sampai boleh memudaratkan kesihatan dan juga kandungan. 

Nak turunkan berat selepas melahirkan anak nanti susah oiii.. Heee..~~

MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI SI IBU
>Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, demam hay, bronkis,penyakit lelah,hepatisis, SLE (lupus erythematosus) & buah pinggang. 

> ibu yang mengamalkan omegaguard juga akan mendapati tidak mudah terkena demam selsema dah sistem imunisasi bertambah baik. 


CADANGAN PENGAMBILAN
:: 1 KAPSUL /hari SELEPAS MAKAN ::

NurSyiffa Sobri
Email: Nursyiffa_sobri@yahoo.com

💋 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit