Sunday, 2 November 2014

Posted by Unknown Posted on 06:40 | No comments

JENIS LEMAK

Dalam badan kita terdapat 2 jenis lemak yang meliputi tubuh badan. Yang mana lemak-lemak ni yang buat jarum penimbang semakin ke kanan.(semakin berat). 

Jom kita korek lemak apa yang ada dalam badan kita. 

LEMAK VISCERAL (lemak pada organ dalaman) 
> lemak yang tak nampak oleh mata kasar tapi menyumbang kepada sakit dalaman. 
Contoh KENCING MANIS, SAKIT JANTUNG, HATI BERLEMAK & ETC



2) LEMAK SUBCUTANEOUS (lemak dibawah kulit)
> Lemak yang boleh nampak oleh mata kasar. Macam spare tayar yang melekat di badan kita. hihi..Gendut-gendut yang boleh nampak oleh orang lain.



TAKE  NOTE SMOKER: Perokok cenderung untuk memiliki Lemak Visceral yang lebih banyak daripada orang yang tidak merokok

Moral Of the Story, kurus tak semestinya takda LEMAK, mungkin di luar TAK NAMPAK. Ia tersembunyi di bawah otot yang mengelilingi organ-organ penting.We called it SILENT KILLER. Fikir-fikirkan ...


Posted by Unknown Posted on 06:27 | No comments

ANDA GEMUK YANG MANA???

Kenali Gemuk anda

Di Malaysia sekarang, banyak penyakit yang ada disebabkan faktor Gemuk. Sekarang tak ramai yang ambil langkah untuk berasa sensitif bila berat badan makin naik. Tak di nafikan, bila dah habis belajar , masuk alam univerisiti ataupun alam pekerjaan, masa untuk bersenam sangat LIMIT..!!. Kalau ada pun, ramai yang lebih suka untuk "berseronok" untuk release stress lepas bekerja. Ye tak??? Sebab Syiffa pun macam tu.

Akibat nya, badan ku kian KEMBANG, sihat WALAFIAT. ngeeeee...~~

Gambar 1: membuktikan kadar peratusan orang gemuk semakin tinggi.

Gemuk ni pulak ada beberapa jenis. Jom kita audit diri. Mudah untuk kita tahu CARA UNTUK KEMBALI LANSING. wowww...!!

GEMUK AIR

Antara ciri-ciri bagi individu yang mempunyai Gemuk Air ialah:
1) Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
2) Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
3) Bahu agak jatuh apabila berdiri 
4) Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh

NOTE: Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

GEMUK ANGIN

Antara ciri Gemuk Angin ialah;
1) Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
2) Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

Secara fizikalnya, kita sendiri boleh kenali gemuk kita kategori yang mana dengan buat meng'audit diri sendiri. Macam mana?? 

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.

Gambar 2 : Keadaan perut apabila gemuk semakin kritikal. 
GEMUK DAGING

Antara ciri Gemuk Daging adalah; 
1) Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
2) Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
3) Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
4) Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging

*Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat

Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

Semoga entri kalini memberi manfaat kepada semua. Its okay kalau anda gemuk sekarang. Mulakan dengan azam yang baru untuk kurangkan berat badan. Tak payah tunggu awal tahun baru nak pasang azam, kalau nak berubah tak payah tunggu masa. Mulakan dari sekarang. Good Luck Guys. 😊😊


Friday, 3 October 2014

Posted by Unknown Posted on 01:02 | No comments

ISTIMEWANYA ESP, LAIN DARI YANG LAIN

Sempena bulan promosi ESP BUY 6 FREE 1 meh Syiffa ceritakan istimewanya ESP Shaklee yang berasaskan kacang soya. Kenapa ya beriya sangat cakap ESP Shaklee ni lain dari yang lain. 

Antara sebab utama Kacang soya ESP di PROSES DENGAN AIR, bagi mengekalkan khasiat dalam soya tu sendiri. 
> Isoflavanes- merendah kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser

>Genistein-mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopos,
>Diadzein- anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopos.

Mungkin ada yang tak tau, sesetengah produk yang berasaskan kacang soya pada peringkat pemprosesan nya ia di cuci dengan menggunakan ALKOHOL. Alkohol inilah yang membuatkan kandungan ISOFLAVON musnah. jadi, tak mustanil lah yang cakap soya ni punca kanser. Bila khasiat dah tak ada jadi makanya ia juga boleh menjadi punca. 




Pada awal bibit percintaan Syiffa dengan ESP Shaklee ni bila Syiffa ambik bagi tujuan untuk kuruskan badan & pekatkan susu badan.  ESP ni boleh buat kita kawal rasa lapar, sebab bagi kesan kenyang yang lama. Selain itu kalau tengah menyusukan anak, korang boleh nampak beza bila perah susu. Warna Susu semakin pekat. 


Gambar 1: Perbezaan warna perahan susu ibu dengan pengambilan ESP dan tanpa ESP.

Kalau konsisten minum, kulit jadi cantik halus gebu, berseri,hilang parut jerawat,kulit tak kusam,badan langsing,sihat,awet muda, beri tenaga ekstra untuk superwoman (Ibu menyusu,ibu mengandung,ibu berpantang dan apa pun kerja seorang Ibu lah..hihi).

Jadi sampai sini dulu entri Syiffa buat semua. Nanti Syiffa akan tulis lagi buat tatapan korang. Semoga memberi manfaat buat anda. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila SMS/ WhatsApp ke 012-667 3779 (Syiffa) untuk self pick-up di Gombak Selangor.
Your Shaklee Independent Distributor

NurSyiffa Sobri
💟 SMS | WhatssApp : 012-667 3779
💟 Shaklee ID : 926103 
💟 Email : nursyiffa_sobri@yahoo.com
💟 Facebook: https://www.facebook.com/syiffa.sobri



Saturday, 27 September 2014

Posted by Unknown Posted on 09:25 | No comments

VITA-LEA® IRON FORMULA


Vitalea merupakan multivitamin yang pertama yang di cipta di dunia. Ia terdiri daripada 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak oleh tumbuhan dan buah-buahan, 12 Vitamin & 7 mineral penting.



Tablet ini disaluti dengan serbuk berwarna hijau - spirulina. Selain itu Vitalea ini juga merupakan multivitamin yang terpantas di dunia dalam penyerapan dalam air dan tubuh manusia. 


Gambar 1 : menunjukkan keadaan Vitalea yang mudah terlarut dalam air. 

Sifat Vitale yang  mudah larut dalam air dan tubuh manusia membuktikan keberkesanan yang cepat kepada pengguna. Selain itu, ia juga membuktikan Vitalea selamat bagi buah pinggang dan tidak memberi kesan dalam jangka masa panjang. 

KELEBIHAN VITALEA

1-PENAMBAHAN TENAGA SEGERA
Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Sekaligus membantu sistem memori & fokus dalam aspek pelajaram mahupun kerja seharian. 

2-PELENGKAP NUTRISI
Amalan diet tang tidak seimbang menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

3-METABOLISME
Membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

4-ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
Menyediakan asas nutrisi, ,memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormon serta menjaga kesihatan tiriod. 

5-MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 


Gambar 2 : Imej Botol Vitalea 

Harga : RM88.75
Kandungan : 120 tablet
*1botol tablet mampu bertahan sehingga 4 - 5 bulan, 

PERHATIAN

Produk ini tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE, thalassemia.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Berminat?

Hubungi saya sekarang.

NurSyiffa Sobri

☎️012-667 3779

Facebook: https://www.facebook.com/syiffa.sobri

Email: nursyiffa_sobri@yahoo.com







Friday, 26 September 2014

Posted by Unknown Posted on 12:28 | No comments

KURANG DARAH KETIKA HAMIL?

HB low atau kurang darah adalah antara fenomena yang ada antara ibu hamil akan alaminya. 

Walaupun terdapat bebrapa langkah yang dapat kita buat bagi meningkatkan kadar HB namun kesan daripada kekurangan HB tidak seharusnya di lihat ringan. 



PUNCA KANDUNGAN HB KURANG
1-Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi
2-Ibu yang kerap hamil
3-Mengalami pendarahan -buasir atau dari faraj
4-Penyakit lain-Malaria, talasemia, penyakit barah dll

CIRI-CIRI KANDUNGAN HB KURANG
1-Mudah letih dan lesu 
2-Muka kelihatan pucat dan tak bermaya
3-Terasa pitam bila bangun 
4-Selalu rasa pening dan keliling rasa berputar
5-Rasa mengah dan berdebar-debar

KESAN DARIPADA HB KURANG KEPADA SI IBU DAN ANAK
1-Ibu akan selalu tidak bermaya
2-Mempunyai potensi keguguran anak
3-Terdedah kepada kelahiran pra-matang
4-Anak mati dalam perut
5-Pendarahan setelah melahirkan anak
6- bayi mati ketika dilahirkan
7-si ibu alami Kegagalan fungsi jantung 
8-Berat bayi yang kurang daripada 2.5kg


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


Kandungan 7 Bulan Ke Atas 
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Read more: http://www.mamapeduli.info/2014/04/bahaya-hb-rendah-ketika-mengandung.html#ixzz3ES24ui00

CARA TINGKATKAN HB DARAH
1-Makan makanan yang mempunyai zat besi seperti telur, biji-bijian, sayuran hijau, ikan, daging, kerang, ikan bilis dan hati
2-Dapatkan rehat yang secukup nya
3-Dapatkan nasihat doktor serta pemeriksaan awal jika anda mendapati mempunyai simptom diatas.
4-Elak makan maknan yang mempunyai zat besi dengan tenusu. Kerana ia mengurangkan kadar penyerapan zat daripada makanan. Sebalik nya di ambik dengan jus bagi membantu penyerapan zat. 
5-Mengambil makanan tambahan (supplement) yang diiktiraf bagi meningkatkan kandungan HB. 
Posted by Unknown Posted on 11:30 | No comments

SAKIT BADAN LESU KETIKA HAMIL


Pada Bulan April lalu, seronok bila dapat tahu yang Syiffa bakal menimang cahaya mata untuk kali ke-2. Masa tu Aisy baru sahaja dalam 1tahun 4bulan. Sebagai seorang ibu yang bekerja di siang hari, balik rumah pula ada hero memang sesuatu yang bahagia. Tapi bila usia kandungan makin membesar, badan semakin lesu. 

Masa awal kandungan Syiffa memang lesu, kadang-kadang rasa nak tidur aja seharian, kesian Aisy asyik dipinggirkan aja. Abah Aisy tak ada dalam list lah kan. 😁😁 . 

Tapi bila menggagahkan diri untuk telan supplement Alhamdulillah Syiffa dapat rasa beza.

Setiap hari Syiffa hanya makan 1biji Vitalea, 1biji Vitamin C, 1biji B-complex dan juga 4biji Ostematrix sebelum tidur malam. 

Khasiat seperti berikut:

VITALEA
1-Membantu memulihkan tenaga 
2-Memenuhi keperluan nutrisi si ibu - akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang akibat alahan yang teruk di awal kehamilan.
3-Stabilkan kandungan hemoglobin(hb) dalam darah

BCOMPLEX
1-Mempunyai asid folic yang membantu dalam pembinaan tulang bayi serta mengurangkan kecacatan bayi.
2-Melawan tekanan-mengurangkan kemurungan, insomnia sekaligus meredakan sakit kepala

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C 
1-Meningkatkan sistem imunisasi kepada si ibu-elak demam atau selsema ketika hamil
2-Meransang pembentukan kolagen-kolagen sebatian asas dalam pembinaan otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan

OSTEMATRIX
1-Mengurangkan rasa sakit badan serta lenguh
2-Elak kejang kaki yang teruk ketika hamil
3-Penting sebagai sumber kalsium-bantu pembinaan tulang, gigi dan juga pembinaan sel bayi
4-Sumber kalsium bagi ibu yang tidak mengamalkan susu

OMEGAGUARD
1-Penting dalam membentukan otak bayi dan perkembangan otak dari dalam perut ibu.
2-Mengandungi DHA & EPA bagi perkembangan otak bayi dan mata.


Syiffa tahu agak sukar bagi ibu yang tengah mengandung di tambah pula dengan keadaan anak yang sangat menduga keimanan seorang ibu. Bagi Syiffa bukan salah mereka untuk terus menguji ibu yang penyabar macam kita, kerana mereka masih dalam fasa 'baru belajar & suka explore'. 

Sebagai ibu juga, kesihatan diri harus di titik beratkan. Ia sebagai tanda "reward" kepada diri sendiri yang kadang-kadang tidak terjangkau ketahanan mental dan fizikal. 

Sejak Syiffa konsisten dengan Shaklee badan tak ada lagi rasa lemau, yang penting bantal dan katil bukan lagi 'kawan baik'. Bila bangun tidur rasa ringan badan, takdalah rasa berat sangat nak bangun, tambahan bila time kerja ataupun buat kerja rumah. Keadaan HB Syiffa pun dah stabil. Seronok tau bila kita sihat ketika mengandung. Kita kena nikmati rasa berbadan dua. Yang penting ibu sihat anak dalam kandungan pun dapat zat yang cukup.

Jika anda berminat untuk cuba SET MENGANDUNG SHAKLEE ni boleh direct contact dengan Syiffa melalui Facebook ataupun handphone.

Sekian sahaja untuk kalini. Semoga Anda dan bayi sihat selalu. 

NurSyiffa Sobri
☎️012-667 3779
FB: NurSyiffa Sobri
Email:nursyiffa_sobri@yahoo.com

Monday, 2 June 2014

Posted by Unknown Posted on 21:04 | No comments

RINGANKAN BEBAN ISTERIMU KETIKA BERSALIN

Ketika isterimu sedang berjuang bagi mendapatkan cahayamata sentiasalah menjadi penyokong setia yang sentiasa berada di sisinya.


1-Isteri yang hendak bersalin kebanyakkan dalam keadaan stress dan bercampur perasaan nya. Sakit di perut, lenguh di belakang badan, rasa menyucuk di bawah perut semuanya tak dapat di ucap dengan kata-kata pada ketika itu. Pada ketika kata-kata isteri hanya sekadar penghilang rasa beban yang dirasa. Suami banyak lah bersabar dan sentiasa berada di sisi isteri. Jadilah SUMBER SEMANGAT nya untuk terus berjuang.

2-Sediakan makanan & minuman yang berkhasiat supaya dapat membantu dalam proses kelahiran anak dengan semangat & penuh kekuatan.

3-Berkomunikasilah dengan dengan isteri supaya isteri tidak tertumpu kepada kesakitan. Ringankanlah beban hatinya dengan bercerita tentang perkara yang mengembirakan hatinya.

4-Suami haruslah juga bersedia dari segi mental & fizikal. Keadaan dalam bilik bersalin mungkin agak mencabar. Keadaan isteri yang sakit, mungkin terdapat juga bau darah ataupun najis. Apa yang anda perlu buat adalah anda kena kuat dalaman & luaran.

Selamat berjuang buat isteri-isteri sekalian. Kepada suami, semoga berjaya menghadapi cabaran baru. Terutamanya kepada pasangan yang bakal melahirkan anak pertama mereka.

Semoga dipermudahkan Oleh Nya.