Monday, 2 June 2014

Posted by Unknown Posted on 21:04 | No comments

RINGANKAN BEBAN ISTERIMU KETIKA BERSALIN

Ketika isterimu sedang berjuang bagi mendapatkan cahayamata sentiasalah menjadi penyokong setia yang sentiasa berada di sisinya.


1-Isteri yang hendak bersalin kebanyakkan dalam keadaan stress dan bercampur perasaan nya. Sakit di perut, lenguh di belakang badan, rasa menyucuk di bawah perut semuanya tak dapat di ucap dengan kata-kata pada ketika itu. Pada ketika kata-kata isteri hanya sekadar penghilang rasa beban yang dirasa. Suami banyak lah bersabar dan sentiasa berada di sisi isteri. Jadilah SUMBER SEMANGAT nya untuk terus berjuang.

2-Sediakan makanan & minuman yang berkhasiat supaya dapat membantu dalam proses kelahiran anak dengan semangat & penuh kekuatan.

3-Berkomunikasilah dengan dengan isteri supaya isteri tidak tertumpu kepada kesakitan. Ringankanlah beban hatinya dengan bercerita tentang perkara yang mengembirakan hatinya.

4-Suami haruslah juga bersedia dari segi mental & fizikal. Keadaan dalam bilik bersalin mungkin agak mencabar. Keadaan isteri yang sakit, mungkin terdapat juga bau darah ataupun najis. Apa yang anda perlu buat adalah anda kena kuat dalaman & luaran.

Selamat berjuang buat isteri-isteri sekalian. Kepada suami, semoga berjaya menghadapi cabaran baru. Terutamanya kepada pasangan yang bakal melahirkan anak pertama mereka.

Semoga dipermudahkan Oleh Nya.



Saturday, 17 May 2014

Posted by Unknown Posted on 09:37 | No comments

Selamat Datang Ke Blog Syiffa..!!


Assalamualaikum semua,


Terima Kasih Atas Lawatan Anda

Selamat Datang & Semoga Dapat Manfaat Darinya

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Ini adalah first entry daripada saya as a new comer into this blogger world. Agak kekok untuk tulis seolah-olah meluahkan perasaan dalam diary , but its fun.

Saya Syiffa, berasal daripada negeri utara semenanjung Kedah Darul Aman. Currently saya stay di Gombak Kuala Lumpur, berkahwin dengan jejaka daripada daerah yang sama. Alhamdulillah saya telah di kurniakan seorang cahaya mata insyallah coming soon masih 'fresh' dalam perut. :)


Well agak nervous even second baby, seriously its totally different from first pregnancy.


Dengan rasa malu-malu kucing, saya mengistiharkan saya adalah salah seorang Pengedar Sah Shaklee, ID 926103. Berminat dalam mendapatkan cara hidup yang lebih sihat & selamat feel free to contact me untuk dapat kan barangan Shaklee. Penghantaran ke SELURUH MALAYSIA melalui POS LAJU & GDEX.

Sekian Dahulu coretan ku buat kali ini, terima kasih atas lawatan anda. 

Semoga anda sentiasa di limpahi rahmat & lindungan dari-Nya.